Selasa, 14 Oktober 2008

Pelajaran Sejarah Wajib!

Tidak pasti berapa kali dan berulangkali dinaskan bahawa matapelajaran Sejarah wajib diajar di sekolah-sekolah . Tidak perlu Pak Lah mencanangkan rasionalnya. Semua sedia maklum, sejarah melibatkan liku-liku perjuangan bangsa, putar belit dan sepak terajang pemimpin dan penjajah, kepedihan, perjuangan yang riang malah segalanya dapat dirungkai dalam lipatan sejarah. Bagi Malaysia yang bertuah, setidak-tidaknya isi kandungan yang diajar perlu dirombak semula memandangkan kebanyakan fakta yang ada tidak tepat dan mengelirukan. Hairan...kenapa sesetengah fakta terus ditutup dan diputarbelit dalam sukatan pelajaran memandangkan kebanyakan sumber yang ada diluar negara menyatakan perkara yang sebaliknya. Jika anda tidak percaya, tanyalah mana-mana pakar sejarawan tulen mengenai sejarah Malaysia. Mereka akan menyatakan perkara yang tidak mungkin anda perolehi semasa di sekolah menengah. Bertambah Malang, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam sukatan umpama meluku ditepi gantang walhal 2 buah negara inilah yang perlu didulukan sebagai menghormati menjadi rakan dalam membentuk Malaysia.