Jumaat, 29 Ogos 2008

Reformasi

Fakta
31 Ogos 1957!16 September 1963! Dua tarikh yang cukup berbeza tetapi mempunyai senario yang sama. Merdeka!Merdeka!Merdeka. Tidak ramai yang memahami tarikh keramat ini kerana generasi yang terkemudian telah diputarbelitkan dengan fakta sejarah.

Pembentukan Malaysia
Kewujudan Malaysia adalah atas kehendak luahan pemimpin Tanah Melayu atas beberapa sebab. Yang nyata pembentukan Malaysia dalam rohnya merangkumi 4 buah 'Negara' yang cukup berbeza dari segi sosioekonomi, budaya dan politik. Generasi kini perlu sedar dan faham, Malaysia dibentuk oleh 'negara' Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pemahaman konsep ini akan membawa anda kepada kenapa dan mengapa perlunya rakyat Sabah dan Sarawak tegas dalam tuntutan 20 perkara di dalam perjanjian pembentukan Malaysia! Barangkali anda menganggap perkara ini adalah klasik dan perlu dihapuskan. Kedengarannya agak ketinggalan dan tidak penting sama sekali.