Selasa, 2 September 2008

DALANG 31 OGOS

Sah dan nyata. sememangnya UMNO menentang tarikh sambutan hari Kemerdekaan daripada 31 Ogos ditukarkan kepada(pembentukan Malaysia) 16 september sebagai cuti umum. Tidak perlu untuk menjadi pelajar UPSR dalam memahami kenapa UMNO begitu pengecut dan dayus untuk menukarkan 31 ogos kepada 16 september. Alasan timbalan Perdana Menteri bahawa 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan Malaysia dan perlu dikekalkankan sambutannya atas sebab perpaduan adalah dangkal dan bodoh! Mungkin Najib perlu menduduki peperiksaan sekolah rendah semula untuk membezakan antara FAKTA tarikh tersebut. Setidak-tidaknya menjemput mana-mana pelajar IPT ke rumah beliau untuk bertanyakan tarikh terbentuknya Malaysia dan kemerdekaan Tanah Melayu.

Mengapa Umno begitu takut menelan realiti tarikh 16 september sebagai tarikh terbentuknya Malaysia? Jawapannya cukup mudah. Mereka menganggap kemerdekaan 'Malaysia' adalah atas perjuangan mereka. Termasuklah kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak. Terhakisnya sumbangan Sabah dan Sarawak dalam sejarah kemerdekaan secara berasingan membolehkan Umno memutarkan belitkan syarat pembentukan Malaysia yang dikenakan oleh dua buah 'negara' tersebut sebelum bersama-sama mewujudkan negara Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak tidak mungkin Malaysia itu wujud dan tidak mungkin pula Malaysia itu merdeka. Kepada pemimpin Sabah (bukan kalangan Umno) dan Sarawak, masa sekaranglah anda menuntut semula kepentingan dan bahagian selepas 45 tahun hilang. Sudah tiba masanya untuk menunjukkan kepada orang Umno bahawa mereka perlu sujud dan berterima kasih kepada Sabah dan Sarawak atas sumbangan ekonomi yang telah banyak membangunkan tanah air mereka dan membuncitkan pemimpin-pemimpin mereka. Kepada Umno, anda selalu meminta agar dibuat post mortem terhadap pengurangan sokongan terhadap parti kamu. Malah, kamu menyalahkan pemimpin sendiri kerana lemah. Kamu turut meminta agar kepimpinan sedia ada ditukarkan. Walau apapun yang kamu lakukan untuk mengembalikan sokongon rakyat, segala-galanya telah terlambat. Malah golongon muda mahu melihat bahawa parti kamu terkubur buat selama-lamanya. Telah banyak kerosakan yang dilakukan. Cukuplah selama 51/45 tahun menjadi parti perkauman. Alasan untuk memperjuangkan bangsa telah lama terkeluar dari landasannya. Rakyat mahu perubahan dan mahukan REFORMASI!